24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hari Bertemu Pelanggan PL beri peluang komuniti berinteraksi dan bersemuka -Rosida

ROSIDA (tengah) bersama  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail (empat dari kanan) dan pengarah-pengarah bahagian Perbadanan Labuan  sempena HBPPL.

LABUAN: Peganjuran  Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan (HBPPL) dengan agensi kerajaan  merupakan satu pendekatan holistik bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tetapi  juga  memberi peluang kepada rakyat untuk berinteraksi dan bersemuka dengan lebih mudah dan fleksibel.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar berkata penganjuran HBPPL masih relevan dan bertepatan dengan kehendak komuniti untuk membolehkan  perkhidmatan yang disampaikan lebih dinamik selaras dengan inovasi dan teknologi terkini.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kita semua menggandakan usaha dalam meneroka potensi teknologi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih  ‘vibrant’ terutamanya dalam merangka hala tuju dan dasar serta pelaksanaanya” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan (HBPPL)  dan Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan di Ujana Kewangan dekat sini, pada Sabtu.

Rosida berkata, penggunaan teknologi automasi mampu meningkatkan  kecekapan dalam urusan pentadbiran dan perkhidmatan yang berkualiti dan lebih efisien.

Sementara itu, beliau menjelaskan kedudukan Labuan yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei  serta negara Asean yang lain menjadi kelebihan bagi Labuan sebagai destinasi ekonomi berdaya maju serantau pada masa hadapan.

“Rancangan Struktur Wilayah Persekutuan Labuan 2040 dan Rancangan Tempatan Labuan 2040 yang dalam proses penyediaan akhir dapat memastikan Labuan  membangun lebih mampan berdaya saing dan berdaya huni.

“Pulau Labuan perlu menjadi sebuah pulau bebas cukai yang setara dengan pulau pulau bebas cukai yang lain” katanya.

Sebanyak 46 agensi kerajaan terlibat dalam menjayakan program tersebut dengan menyertai  booth pameran dan kaunter khidmat pelanggan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN