31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Hampir 100 peserta Ikuti Training of Skuad Kita Pengguna’ KPDN Labuan

Sebahagian peserta yang menyertai SKiP peringkat KPDN Labuan.

LABUAN: Hampir 100 peserta yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili pertubuhan, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Training of Skuad Kita Pengguna (SKiP) yang diadakan di Hotel Dorsett Grand di sini, pada Rabu.

Program sehari itu dianjurkan oleh Seksyen Pendayaupayaan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara pengisian utama yang dibawakan dalam program ini ialah sesi ceramah penerangan mengenai hak pengguna dan pengenalan SKiP, saluran aduan pengguna serta isu berkaitan penipuan dalam talian.

Sementara itu, SKiP merupakan inisiatif KPDN yang dijenamakan semula untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan mendidik masyarakat berkenaan kemahiran kepenggunaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah tiga pegawai KPDN Labuan yang telah menyampaikan ceramah, mereka ialah Ketua Seksyen Perdangagan Dalam Negeri KPDN Labuan, Charlie Nicholas, Ketua Unit Kawalan Harga, Seksyen Penguatkuasa KPDN Labuan, Fatma Jamal dan Ar-Rahim Abu dari Seksyen Majlis Harga Barang Negara KPDN Labuan.

Program itu diakhiri dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan oleh peserta yang mengambil bahagian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN