29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Yazid dipilih Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor

Haji Yazid.

KENINGAU:Ketua Biro Agama DUN N. 40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles  dipilih tanpa bertanding sebagai Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor  bagi sesi 2021-2023 pada Mesyuarat Agung Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor baru-baru ini.

Turut dipilih tanpa bertanding Nurdin zainuddin  sebagai Timbalan Pengerusi dan Kamaruddin Said mengekalkan jawatan tanpa tanding.

Sementara itu Jawatan Penolong Setiausaha dan Bendahari masing-masing disandang oleh Sabry Kalam dan Usaid @ Kennet Hj. Sukimi  tanpa tanding Penolong  Bendahari dipegang Puan Laila Bikolos juga tanpa tanding.

Lapan AJK terdiri dari Jasri Jair, Puan Dahlia Darisah, Kassim Hussin, Tuan Hj Osman Langkab, Azmin Laji, Ishak Hashim, Aviu Lumau, Puan Moulin Jali.

AJK Belia Masjid pula disandang oleh Mohd. Harith Azmin dan Umatul Azul Nurdin.

Turut Hadir pada mesyuarat agung itu, Imam Masjid Nur Hidayah Bingkor  Imam Juslin Ibrahim.

Haji Yazid dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa lalu khususnya mantan Pengerusi Mohd Ridhwan J. Emik atas kejayaan melaksanakn tanggungjawab yang digalas.

Beliau juga melahirkan terimakasih kepada ahli-ahli masjid yang memberikan kepercayaannya menerajui jawatan Pengerusi pada penggal ini.

Sehubungan dengan itu beliau mengajak masyarakat Islam khususnya ahli jemaah masjid bersama sama bekerja untuk kebaikan bersama.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN