30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Chemat kekalkan jawatan Pengerusi Persatuan Kontraktor G1 Labuan sesi 2021- 2023

HAJI CHEMAT HAJI MUSTAPHA

LABUAN: Haji Chemat Haji Mustapha terus kekal sebagai Pengerusi Persatuan Kontraktor G1 Wilayah Persekutuan Labuan untuk sesi 2021-2023 selepasĀ  mendapat sokongan sebulat suara untuk kekal sebagaiĀ  Pengerusi persatuan itu bagi sesi 2021-2023.

Keputusan sokongan sebulat suara itu diutarakan oleh ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor G1 Tahun 2021 yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Sabtu lalu.

Turut dikekalkan  dalam mesyuarat agung itu ialah barisan kepimpinan  yang sedia ada bagi penggal 2021-2023.

Mereka terdiri daripada Timbalan Pengerusi, Md Jamal Ejob, Naib Pengerusi Suali Tuah, Setiausaha Suziyani Sunardi, Penolong Setiausaha Juliza Othman, Bendahari Arjuna Yusof serta lapan AJK dan dua  orang juruaudit dalaman persatuan itu.

Mesyuarat yang berlangsung dalam suasan harmoni itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Rozman dalam ucapan perasmiannya berkata, mesyuarat agung tahunan  persatuan itu  merupakan platform yang terbaik dan berkesan dalam memperjuangkan  dan membela nasib para kontraktor  melayu dan bumiputera secara kolektif dan holistic.

ā€œMesyuarat Agung yang dilaksanakan oleh persatuan  adalah bertujuan untuk  memastikan agenda pembangunan negara, melalui pemerkasaan industri pembinaan agar lebih proaktif, mampan, berintegrati dan berkualitiā€ katanya. 

Rozman yang juga Penaung persatuan itu menzahirkan ucapan penghargaan kepada jawatankuasa persatuan atas komitmen, sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan, walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID 19 dan krisis ekonomi domestik serta global.

Sementara itu, Haji Chemat dalam ucapanya menyeru ahli ahli persatuan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam mempertabatkan persatuan berkenaan.

ā€œIni kerana persatuan menjadi tunjang untuk mengangkat  dan membela nasib ahli ahli supaya diberikan perhatian oleh pihak yang berkaitanā€ katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN