Oleh: Dr. Jurry Foo
Fakulti Sains Sosial dan Kemananusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Rakan Strategik BDB.
PROGRAM Transformasi Sekolah 2025 (TS25) menyasarkan matlamat meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Kejayaan program yang diinisiatifkan Kementerian Pendidikan Malaysia iniĀ bergantung kepada beberapa faktor, terutama modal insan yang sangat penting dalam dunia pendidikan iaitu insan bergelar guru. Oleh itu, pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 menyenaraikan usaha berikut ke arahĀ melahirkan modal insan unggul:
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Sokongan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu
SK Marakau, Ranau Sabah dalam rancangan Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) antara lainnya menjadikan kawasan sistem Tagal iaitu Sistem Bombom Marakau sebagai ruang Pengajaran dan Pembelajaran sebagai Langkah amalan baik PdP. Oleh itu pemerkasaan guru dalam mencapai matlamat ini akan dipacu bersama rakan strategik Universiti Malaysia Sabah.
Pada fasa permulaan ini, guru-guru SK Marakau telah mengambil inisiatif untuk mendalami sistem Tagal melalui perkongsian maklumat pihak UMS, sorotan literatur dan mendapatkan pengalaman pengumpulan maklumat dengan mengunjungi kawasan Tagal. Semangat yang ditunjukkan oleh kalangan guru SK Marakau ini menunjukkan kesediaan sekolah dalam memastikan kemenjadian murid dan kualiti sekolah melalui PdP lestari yang mengoptimumkan sistem Tagal.