24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Guru, pelajar SMATSTEP zahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Madius biaya pengangkutan bas jalan terputus

Bandy, Ellya, Evanda dan Welleryna

TUARAN: Pembiayaan pengangkutan bas oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran kepada kira-kira 60 pelajar Sekolah Menengah Tun Fuad Stephens (SMATSTEP) Kiulu akibat jalan Kiulu – Tamparuli yang terputus baru-baru ini mendapat reaksi positif.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMATSTEP, Bandy Loo berkata, pihaknya sangat bersyukur kerana Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bertindak dengan cepat untuk membantu pihak sekolah dalam perkara ini.

“Pihak sekolah telah meminta bantuan kepada pusat khidmat parlimen Tuaran bagi membiayai pengangkutan bas kepada pelajar-pelajar terjejas dari beberapa kampung seperti Rangalau Baru, Rangalau Lama, kampung Bungoliu dan Tamparuli.

“Kita berharap agar kerja-kerja pembaikan jalan akibat mendapan dan tanah runtuh dapat dipercepatkan agar pelajar-pelajar dapat ke sekolah seperti sedia kala. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang telah diberikan,” katanya ketika ditemui.

Pelajar Tingkatan Lima Harmoni SMATSTEP, Ellya Adryanna Roger berkata, bas percuma itu sangat membantu terutama kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Disember ini.

“Saya sangat gembira kerana sebelum ini cuma ada sebuah bas sahaja yang ambil kami di kampung.

“Ini kerana bas-bas yang lain hanya sampai di kampung-kampung tertentu sahaja.

“Dengan adanya inisiatif bas percuma ini, kami tidak lagi perlu risau tentang ketiadaan kenderaan untuk membawa kami melalui jalan alternatif menuju ke sekolah,” ujarnya yang berasal dari Kampung Bungoliu.

Pelajar Tingkatan Empat Sejahtera SMATSTEP, Evanda Maichel turut senada dengan Ellya.

Beliau yang berasal dari Kampung Rangalau Baru berkata, laluan utama Jalan Tamparuli – Kiulu yang terputus menyebabkan ramai pelajar terkesan dan mengalami kesukaran untuk hadir ke sekolah.

“Namun, kami berasa lega apabila pihak sekolah dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran telah berinisiatif untuk membantu kami.

“Terima kasih Datuk Seri Madius atas keprihatinan terhadap nasib para pelajar,” katanya.

Seorang lagi pelajar iaitu daripada Tingkatan Lima Sejahtera SMATSTEP, Welleryna Walter menyuarakan harapan agar pengangkutan bas itu dapat diteruskan sehingga jalan raya yang terputus siap dibaiki dan boleh digunakan semula.

“Inisiatif pembiayaan pengangkutan ini sangat mempermudahkan para pelajar yang terkesan. Terima kasih Datuk Seri Madius,” katanya yang berasal dari Kampung Kotunuan Baru.

Untuk rekod, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran melaksanakan pembiayaan bas pengangkutan kepada para pelajar sejak 24 Oktober 2024 selepas perbincangan bersama pihak SMATSTEP pada 21 Oktober lalu.

Bas yang disediakan pihak sekolah itu akan membawa pelajar sidang pagi ke SMATSTEP pada pukul 6.00 pagi sebelum menghantar semula ke kampung masing-masing pada pukul 2.00 petang.

Pelajar sidang petang pula diangkut pukul 11.00 pagi dan dihantar balik pukul 6.00 petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN