26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Gua Batu Salag sebuah lagi produk pelancongan di Keningau

Beginilah keadaan pintu masuk Gua Batu Salag.

KENINGAU: Gua Batu Salag merupakan salah sebuah daripada produk pelancongan di daerah ini yang mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, gua yang terletak di Kampung Lipasu Ulu itu hanya mengambil masa perjalanan lebih kurang 45 Minit daripada Pusat Bandar Keningau jika menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki daripada laluan masuk untuk tiba di pintu utama Gua Batu Salag.

Katanya, jika berjalan kaki dari Taman Bandukan ia hanya memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit tetapi jika mengunakan kenderaan hanya lebih kurang 10 minit.

Menurut Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Gua Batu Salag berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong sama ada dari luar negara dan negara kerana keunikannya dan keindahan alam semulajadinya.

Beliau menyatakan perkara itu selepas melakukan lawatan dan meninjau kawasan Gua tersebut pada Sabtu.

Kawasan Gua Batu Salag masih terpelihara dengan alam semulajadi serta flora dan faunanya belum terusik.

Walau bagaimanapun masih ia belum mempunyai kemudahan asas untuk pengunjung yang mungkin teringin ke lokasi ini.

Jarak jauh Gua ini dari Pekan Keningau lebih kurang 20 kilometer dan boleh dihubungi melalui jalan raya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN