VICTORY WOODEN adalah jenama perabot berasaskan kayu pallet oleh alumni bidang Geografi Universiti Malaysia Sabah, Puan Dg. Fairuzzimah Ag. Samara bersama suami. Beliau yang juga merupakan calon PhD di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu yakin bahawa penguasaan kemahiran rekacipta dan keusahawanan adalah penting dalam dunia perniagaan dan boleh menjadi sumber pendapatan dan membuka peluang pekerjaan. Oleh yang demikian, beliau menyarankan mahasiswa mengambil peluang keemasan menguasai kemahiran yang diterapkan melalui kursus matapelajaran umum yang ditawarkan di universiti, khusunya kursus kokurikulum berkredit dan kursus keusahawanan sebagai medan mempelajari dan mengasah bakat berniaga,

Karya ciptaan perabot Victory Wooden adalah bersifat “Customize” atau tempah khas untuk menghasilkan ciptaan perabot kayu asli gaya tersendiri pelanggan. Perundingan percuma ditawaran kepada pelanggan untuk menghasilkan reka bentuk yang diinginkan serta mengikut kemampuan pelanggan. Antara perabot yang popular ialah rak kosmetik, rak pancing kayu, rak buku dan kiosk. Mereka juga sering menerima tempahan rekabentuk dalaman dan juga membuat rumah kucing. Hasil karya produk beliau boleh dilihat di lama muka buku (FACEBOOK) https://www.facebook.com/VictoryWooden.
Menurut pengasas Victory Wooden itu, mahasiswa tidak boleh menguasai satu bidang sahaja, tambahan pula dalam era norma baharu ini banyak perkara bukan sahaja perlu dipelajari tetapi juga perlu dikuasai.