Antara penduduk yang menghadiri gotong royong perdana tersebut
RANAU: Gotong Royong landasan memupuk perpaduan, keharmonian serta persaudaran sedia terjalin dikalangan penduduk setempat.
Demikian antara objektif yang dicapai dalam satu projek Gotong Royong Perdana peringkat Kg.Takutan anjuran Gereja-Gereja Mukim Perancangan yang dihadiri lebih 50 orang penduduk baru-baru ini.
Gotong Royong Perdana tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda mewakili Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Benedict ketika ditemui memuji usaha Jawatankuasa Penganjur kerana melaksana gotong royong itu dengan jayanya.
Menurut Benedict, menerusi gotong royong bukan sahaja dapat menyiapkan kerja-kerja dengan lebih cepat malah mampu menjimatkan masa tenaga serta in kos.
“Inilah yang kita harapkan dan perlu diberikan sokongan serta kerjasama daripada semua pihak agar berjaya mencapai objektifnya”, tambah Benedict yang hadir bersama staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Benedict mengajak penduduk supaya sentiasa peka dan prihatin memberi sokongan apa juga program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
Gotong Royong Perdana yang julungkali diadakan itu akan diterus dengan melibatkan Gereja dan kampung di Mukim yang lain.
Sementara antara aspek kerja yang dijalankan ialah, mengutip sampah dan membersihkan kawasan kampung dan balai raya.