Gambar: Sebahagian ahli PVKMS yang hadir menyertai gotong royong tersebut sempat merakam gambar kenengan.
KOTA BELUD : Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) Zon Kota Belud telah mengadakan gotong-royong membersih Teratak PVKMS di Pekan daerah itu pagi tadi (9 Januari)
Penyertaan aktiviti gotong-royong yang julungkali diadakan sejak setahun lalu ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik Covid-19.
Ketua Zon, Fauzan Bin Biaan berkata, kebanyakan ahli sibuk dengan tugas masing-masing walaupun telah bersara menyebabkan mereka tidak dapat hadir untuk menyertai aktiviti tersebut.
“Mungkin pada masa aktiviti serupa pada masa akan diharapkan lebih ramai akan hadir”, jelasnya sambil menyatakan kesediaannya untuk mengesan mereka (Komandor) yang belum menjadi ahli berdaftar.
“Kiita akan berjumpa ahli yang belum dikenali untuk menyertai PVKMS”, tambahnya.
Beliau berharap pihaknya dapat mengadakan gotong-royong sebulan sekali dengan penyertaan lebih ramai selepas ini.
Mengenai bangunan berkenaan, Fauzan Biaan berkata pihaknya telah mengunjungi Pegawai Daerah Kota Belud di pejabatnya baru-baru ini untuk bertanyakan mengenai kedudukan Teratak PVKMS.
“Kita berharap bangunan berkenaan akan diserahkan kepada PVKMS untuk memudahkan kita membuat apa yang perlu kepada bangunan itu nanti,” katanya.
Beliau turut memohon untuk mendapatkan peruntukan tahunan daripada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota belud bagi mengadakan pelbagai aktiviti.
“Selama ini kita hanya mengunakan peruntukan daripada persatuan serta dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) untuk mengadakan aktiviti”, jelas Fauzan.
Turut hadir menyertai gotong royong itu ialah, Ketua PVKMS Zon Kota Kinabalu, Charles Lagkang.