27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan sasar terkesan PKP akan terus dibantu: Abidin

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Penduduk DUN Paginatan khususnya kawasan pedalaman yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 akan terus dibantu bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, seawal perlaksanaan PKP, pihaknya menerusi pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dun Paginatan telah mula bertindak.

Katanya setiap MPKK di kawasan ini (Dun Paginatan) telah diminta mengenalpasti dan menyeneraikan nama penduduk di kampung masing-masing sebelum dihantar kepada urusetia di pejabat UPPM.

ABIDIN (ketiga kiri) dan barang-barang bantuan

“Menyedari kesulitan dihadapi penduduk sejak perlaksanaan PKP khusunya mereka yang terjejas pendapatan dan tiada sumber tetap, pasukan bantuan terdiri kakitangan UPPM dan beberpa sukarelawan termasuk saya sendiri telah bertindak menghantar dan mengagihkan bantuan kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.,” katanya.

Menurut Abidin, penghantaran bantuan diteruskan dari masa-kesemasa secara berperingkat sepanjang PKP sambil berharap agar penduduk di beberapa lagi buah kampung yang belum menerima bantuan dapat bersabar.

ABIDIN(kiri) bersama PPM Hisyamuddin(kanan) dan barang-barang sumbangan yang dihantar ke kampug-kampung

“Kami sedaya upaya akan memastikan golongan sasar tiada yang tercicir, dengan harapan sedikit sumbangan berupa makanan asas harian ini dapat meringankan beban dihadapi sepanjang arahan PKP,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abidin menyeru orang ramai khususnya penduduk di DUN Paginatan supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Jelasnya, perkara itu penting supaya wabak Covid-19 yang kini telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia tidak berlarutan dan tidak berjangkit  pada diri sendiri dan  keluarga.

“Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, menggunakan hand sanitizer, memakai topeng muka, amalkan penjarakan sosial serta duduk diam-diam di rumah “stay at home”, saran Abidin. –TAMAT




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN