30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

GOLONGAN MUDA DISARAN SELAMI DASAR PERJUANGAN PARTI STAR: DATUK ABIDIN

KK Roslin (Kampung Gana-Gana) menyerahkan lebih 153 ahli baharu yang menyertai parti STAR kepada Abidin

RANAU: Golongan muda di negeri ini disarankan untuk menyelami dasar perjuangan Parti STAR yang konsisten sejak ia ditubuhkan dan diluluskan pada tahun 2016 melalui Akta Pertubuhan 1966.

Naib Presiden STAR yang juga Ketua Bahagian STAR N38 Paginatan merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, YB. Datuk Abidin Madingkir berkata parti STAR tetap berpegang teguh terhadap prinsip dan amalan di dalam perjanjian Akta Malaysia 1963 untuk ditambahbaik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Parti ini juga menekankan keharmonian malah sentiasa konsisten dalam menuntut hak-hak Sabah seperti yang dijanjikan dalam 20-point memorandum untuk melaksanakan reformasi sistem pemerintahan yang lebih adil untuk rakyat khususnya rakyat di negeri Sabah.

Menurutnya, dalam Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 8 September lalu, kerajaan GRS melalui kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor juga telah mengulangi bahawa Sabah akan terus menuntut 40 peratus pulangan daripada hasil bersih Sabah sendiri yang dikutip oleh kerajaan persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kepada para golongan muda yang belum memahaminya, inilah perkara asas perjuangan parti kita yang harus diselami dan diperjuangkan bersama. Kita pertanggungjawabkan semua pengerusi cawangan di 12 buah kampung di Mukim Suminimpod ini untuk memberikan kefahaman kepada semua pengundi baharu yang seterusya akan menjadi ahli parti,” katanya.

“Syabas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Perasmian Cawangan merangkap Pemaju Mukim Suminimpod, Sibin Keidau dan ahli jawatankuasa atas kejayaan mengadakan program ini,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian STAR Paginatan, Juis Konsuling, CDO N38 Paginatan, Japli Sigal, Ketua Wiranita Paginatan, Winek Yuni, KAN Dualis Porodtong, KAN Kapilin Haji Surop, Pemaju Mukim Tanah Rata, Lasius Galipoi dan para pemimpin kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN