25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan belia egen  perubahan dalam mengukuhkan perpaduan

MEMUKAU…… antara seni tarian tradisonal yang berjaya memukau para pengunjung pada program Citra Belia.

LABUAN:  Golongan belia  diharap mampu  menjadi egen perubahan ke arah memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata,  peranan itu dapat dilaksana dengan memupuk kefahaman antara budaya, memerangi diskriminasi dan mempromosikan nilai-nilai toleransi.

“Kita juga berharap golongan belia hari ini dapat membawa inovasi dan pembaharuan ke dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi teknologi pendidikan.

“Merekalah yang diharapkan menjadi penggerak pembangunan negara dengan memperkenalkan idea baharu dan solusi untuk menangani usaha memajukan negara”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  Program Citra Belia Sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat Labuan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Program Citra Belia yang dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan bukan sahaja berjaya menampilkan penglibatan masyarakat berbilang kaum tetapi juga berjaya memartabatkan kebudayaan dan kesenian yang menjadi khazanah budaya bangsa.

Sebanyak 12 kumpulan yang membabitkan 300 peserta daripada pelbagai persatuan dan kelab   telah membuat persembahan  gerak seni tarian tradisional dan seni mempertahankan diri.

Program yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung itu juga turut dihiburkan dengan  persembahan artis jemputan Afieq Syazwan.

Hadir sama pada program tersebut, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Datuk Othman Che Jusoh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN