Robert bergambar kenangan bersama pasukan yang mengambil bahagian dalam sukan paintball itu.
KOTA KINABALU:Golongan belia diseru agar melibatkan diri dalam bidang sukan paintball.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sukan lasak ini semakin mendapat tempat dihati golongan belia, berikutan ianya sangat menyeronokkan dan memerlukan kemahiran yang pelbagai.
“Melalui sukan dapat memupuk disiplin para pemain melalui kerjasama yang erat, bersefahaman dalam setiap ahli kumpulan dan mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang” katanya semasa mengunjungi dan memberi sokongan kepada pemain sukan paintball yang dianjurkan oleh Kelab Paintball Mambong di Stadium Likas.
Sukan paintball itu melibatkan penyertaan pasukan daripada Sabah dan Sarawak.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor turut menyeru agar golongan belia dapat membawa kemajuan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.