30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

GOLD LION FT MUNCUL  JUARA KEJOHANAN FUTSAL PIALA KDMRS MUSLIM TERBUKA LELAKI 2022

GOLD LION FT ‘Juara’ membawa wang tunai bernilai TM3000

RANAU: Pasukan GOLD LION FT muncul juara Kejohanan Bola Sepak Futsal Terbuka Lelaki merebut Piala KDMRS Muslim yang berlangsung di Marakau Extreme Futsal baru-baru ini.

Pasukan GOLD LION FT bermain cemerlang dengan rekod tanpa kalah. Pada pusingan awal, pasukan ini berjaya menundukkan MELAWAXWNB dengan jaringan 2-0. Di pusingan suku akhir membelasah SPAKO FT dengan jaringan 7 berbalas 1 sebelum menundukkan DEWATA FT 3-1 pada pusingan separuh akhir. Di pusingan akhir penentuan juara, sekali lagi pasukan GOLD LION FT bertindak cemerlang dengan membelasah EMBUN PAGI FT 5-0 yang akhirnya menobatkan mereka selaku juara.

Berbanding pasukan EMBUN PAGI FT yang menduduki tempat kedua, mereka menghadapi sedikit laluan sukar apabila di pusingan awal hanya seri 0-0 dengan TBRS FT. EMBUN PAGI FT menang tipis melalui sepakan penalti dengan agregat gol 5-4. Di pusingan suku akhir, EMBUN PAGI FT berjaya menundukkan SL X PEMUDA PBS N36 dengan jaringan 2-0 sebelum menang tipis di pusingan separuh akhir kepada pasukan PECAH TIGA FT melalui jaringan 3-2.

Tuan Azizul bersama Mohd Hadzmie ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang

Persaingan merebut tempat ketiga di antara DEWATA FT dengan PECAH TIGA FT agak sengit apabila berkedudukan seri 0-0 hingga tamat perlawanan. Namun nasib menyebelahi pasukan DEWATA FT yang akhirnya menang sepakan penalti dengan agregat gol 3-2.

Pengarah kejohanan, Mohd Hadzmie bin Masnin (The Borneo Ranau Sport Co.) berkata, Johan telah menerima wang tunai bernilai RM3000 dan medal, Kedua ( RM1500 dan medal ), Ketiga ( RM500 dan medal ) dan Keempat ( RM500  ).

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh beliau sendiri dan Tuan Azizul Julirin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN