Masri (mecangkung pertama dari kanan) ketika bertemu menentang Wira FC
RANAU: Gol hatrik penyerang lincah pasukan Pemuntarian Vet yang memakai jersi 10 (Masri) muncul wira pasukannya apabila berjaya menjaringkan tiga gol menewaskan penjaga gol Spanul VTR pada Kejohanan Liga Veteran Sabah yang berlangsung di padang SK. Nalapak baru-baru ini.
Peguasaan di bahagian tengah dan ketajaman di bahagian serangan banyak membantu Masri menjaringkan gol. Sebelum itu rakannya Stanley yang memakai jersi 81 terlebih dahulu berjaya menjaringkan gol pertama untuk pasukan mereka.
Terdahulu, pasukan Pemuntarian yang bertemu menentang pasukan Wira FC di perlawanan awal menyaksikan kesukaran pasukan ini menembusi barisan pertahanan yang sering berjaya dalam perangkap ‘offside’. Wira FC mencipta banyak peluang menjaringkan gol namun tidak menepati sasaran. Pada minit ke 33, Stanley berjaya mencuri peluang menjaringkan gol tunggal pasukannya hasil kesilapan pemain pertahanan Wira FC apabila cuba menolak bola ke arah belakang namun agak lemah.
Dalam satu lagi perlawanan, rakan satu daerah Pemuntarian iaitu Nabawan Vet turut berjaya menewaskan Wira FC dengan jaringan 2-0. Gol-gol dijaringkan oleh Saul yang memakai jersi 9 dan Anam (jersi 4).