BANGUNAN…Pusat Borong GM Klang
LABUAN: GM Klang yang terletak di Klang Selangor bukan sahaja merupakan Pusat Borong Terbesar di Malaysia tetapi ia juga sangat sinonim sebagai tempat yang wajib dikunjungi apabila menjejakkan kaki ke negeri Selangor atau bandar Klang dan tiada makna kalau ke Selangor tidak singgah atau berkunjung ke GM Klang.
GM Klang yang menawarkan lebih 2,500 kedai borong turut diiktiraf dan dilantik sebagai Duta Pelancongan Bandar Kl;ang oleh Majlis Perbandaran Klang.
Menurut Pengurus Komunikasi Jenama GM Klang, Norsuhaida Othman, selain menawarkan lebih 2,500 kedai borong, GM Klang juga menyediakan pelbagai jenis produk yang merangkumi dari fesyen & aksesori, permainan & barangan kanak-kanak, barangan kelengkapan rumah, barangan kelengkapan perkahwinan, barangan gajet serta banyak lagi dengan harga borong yang berpatutan.
“Ramai pengunjung berminat datang ke GM Klang kerana mereka boleh mendapatkan pelbagai produk hanya di bawah satu bumbung. Tidak perlu membazir masa dan wang ringgit untuk pergi kemana mana, kerana semua keperluan yang diinginkan terdapat GM Klang.
“ Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini berbelanja untuk membeli sesuatu barang dalam kuantiti yang banyak dengan berkongsi kos bersama keluarga atau rakan-rakan kerana konsep di GM Klang ini ialah ‘Beli Lebih Banyak, Lebih Jimat!”.katanya dalam satu kenyataan di sini.

KENANGAN…Media Borneo bergambar kenangan bersama pihak pengurusan GM Klang.
Tambahnya lagi, konsep sebegini juga telah melahirkan ramai usahawan-usahawan muda yang berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan seperti menjual semula barangan yang mereka beli secara borong di GM Klang di platform mereka sendiri (bisnes ‘online’) atau menjadi ‘dropshipper’ dan ejen penjual kepada produk pemborong-pemborong yang ada di GM Klang.KENANGAN…Media Borneo bergambar kenangan bersama pihak pengurusan GM Klang.
Katanya, biarpun bermula secara kecil-kecilan, tetapi mereka mampu mengembangkan bisnes mereka sehingga ada yang mampu membuka kedai mereka sendiri pula di GM Klang.
Jelasnya lagi, rata-rata mereka yang berkunjung buat kali pertama ke GM Klang pasti kembali akan lagi, ini kerana GM Klang bagi mereka bukan sekadar untuk membeli-belah dengan harga borong tetapi juga untuk mencipta peluang perniagaan yang mendatangkan hasil yang menguntungkan.
Terdahulu sebelum itu, Pusat Borong GM Klang dengan kerjasama Tourism Selangor telah menganjurkan Program FAM Trip Bersama Media Borneo 2022 yang membabitkan tiga wartawan dari Sabah, empat dari Sarawak dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan.
Program yang berlangsung selama empat hari itu memberi peluang kepada petugas media Borneo untuk mengetahui dan mengenali lokasi pelancongan yang menarik di sekitar Selangor disamping dapat pengalaman membeli belah di pusat borong GM Klang.