30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Suarakan keluhan rakyat akar umbi, Exco Wiramuda STARSabah sokong kenyataan Kong Soon Choi

Gambar Fail: KONG (tengah).. bersama sebahagian Exco Wiramuda STARSabah

KOTA KINABALU: Exco Wiramuda STARSabah menyokong kenyataan Ketua Exco, Kong Soon Choi yang giat menyuarakan keluhan rakyat akar umbi.

Naib Ketua Wiramuda STAR Sabah, Jess Joel Moriga berkata kenyataan ketua mereka bukan hanya pandangan peribadi untuk meraih ‘Political Milage’ tetapi ia adalah suara yang datang daripada keluhan hati rakyat.

“Kami menyokong kenyataan Kong mengenai isu perpindahan lapangan terbang ke Kimanis dan kenyataan Pengerusi BN Sabah untuk mengkaji semula kerjasama dengan kerajaan GRS.

“Sebagai sayap kepemimpin muda, keutamaan kami adalah suara rakyat akar umbi. Ramai rakyat berpendapat sekiranya lapangan terbang dipindahkan kesitu, rakyat akan menanggung lebih banyak kos untuk tambang pengangkutan dan lain-lain.

“Ada juga rakyat yang menyuarakan kemungkinan besar lebih ramai orang yang akan terlepas jadual perjalanan penerbangan kerana agak jauh daripada kawasan-kawasan yang mereka diami,”katanya.

Jess Joel berkata, sebagai pemimpin belia dalam satu parti, keutamaan ExcoWiramuda adalah suara dan keluahan rakyat.

“Saya rasa itu adalah hal yang utama untuk sesebuah parti politik kerana sesebuah parti politik fungsinya adalah menyuarakan keluhan dan suara-suara rakyat.

“Jadi kami mengambil pendekatan suara dan hasrat rakyat adalah keutamaan kami untuk memberikan pandangan dan menyampaikan sesuatu mesej.

“Ketua Wiramuda menyuarakan itu kerana untuk kebaikan rakyat akar umbi dan perjuangan parti yang peduli dan memperjuangkan aspirasi rakyat Sabah, dan bukanya hanya mengampu serta menjaga kepentingan mana-mana individu,” katanya.

Tambah Jess Joel, bagi isu BN Sabah ingin mengkaji kerjasama dengan kerajaan negeri GRS, Exco Wiramuda juga sependapat dengan Kong bahawa itu adalah satu kenyataan yang sangat tidak releven.

“Bukankah kerjaan GRS-BN kini sudah kukuh dan telah memulakan program pembangunan “SMJ” jadi kenapa perlu dikaji lagi? Itu sudah pasti akan memperlambatkan proses pembangunan demi kebaikan untuk negeri dan rakyat Sabah.

“Bagi kami Exco Wiramuda, ini bukan lagi masanya untuk parti komponen kerajaan Negeri untuk berpolitik, tetapi inilah masanya untuk semua pihak berkerjasama untuk membangunkan negeri demi kesejeteraan rakyat negeri ini,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN