27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ghani Yassin berharap, sektor pertanian diberi perhatian sewajarnya dalam Bajet Negeri Sabah 2022

Ghani menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Ghani Mohamed Yassin berharap, bajet Negeri 2022 dapat memberi perhatian peruntukan kewangan dalam sektor pertanian.

Katanya, ini bagi membantu meningkatkan semula sosioekonomi penduduk di kawasan luar bandar  kuhsusnya di DUN Nabawan  yang terkesan  pandemik covid 19.

“ Kita mengharapkan lebih banyak Peruntukkan kita diluar bandar kuhsusnya infrastruktur dan juga untuk membangunkan tanah tanah pertanian yang ada di daerah ini melalui agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri  Sabah (LKTNS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)dan juga mana-mana agensi berkaitan dengan pembangunan tanah” katanya mengulas Bajet Negeri 2022 yang akan dibentangkan nanti pada bulan  Disember di Dewan Undangan Negeri DUN Sabah oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah berkata, pontensi pertanian di daerah ini amat tinggi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sambutan Maulidul Rasul peringkat daerah Nabawan tahun 1443 Haijrah 2021 Masihi di Masjid Al Hidayah, Nabawan hari ini.

Selain itu katanya, keperluan pembangunan asas luar bandar seperti penaiktarafan jalanraya , bekalan air dan elektrik serta kemudahan menara telekomunikasi juga perlu di ambil perhatian sepenuhnya termasuk peluang perkerjaan dan keusahawanan para golongan belia dalam meningkatkan sosioekonomi.

Dalam majlis itu, Ghani yang juga Turut menyampaikan sumbangan Bantuan Bakul Makanan dan bantuan kepada masjid dan surau di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN