33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gereja SIB Ria dan Unit Darah Hospital Keningau, berjaya anjur kempen derma darah

Kelihatan salah seorang penderma diperhatikan oleh pertugas Unit Transfusi Darah Hospital Keningau.

KENINGAU:Gereja Sidang Injil Borneo (SIB)Ria Keningau dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau telah menganjurkan program derma darah pada Sabtu lepas.

Menurut Pengerusi Majlis Gereja SIB Ria Penatua Jully Sandalun, program itu diadakan pada setiap bulan ramadan yang dirancang oleh Unit Transfusi Hospital Daerah.

Katanya, daripada 20 orang yang mendaftar, seramai 15 orang yang layak menderma darah sekali gus menyumbang 15 pain darah.

Para anggota SIB Ria Keningau mendaftar sebelum menderma darah.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua penderma darah termasuk seorang penderma darah dari SIB Bandar Keningau pada program itu.

Turut hadir Pastor SIB Ria Jimmy Onggidan dan barisan kepimpinan Gereja SIB Ria.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN