25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gereja Katolik St.Gabriel Kirokot terima sumbangan daripada ADUN Bingkor

Junior menyampaikan sumbangan kepada Joe Linus (kiri)sambil disaksikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Bingkor Tinus Majip.

KENINGAU:Gereja Katolik St.Gabriel Kirokot menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat  (PPM ) Junior Fred Vincent kepada Pengerusi KKD Emanuel, Joe Linus Stephen @ Iban.

Menurut Joe, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya digunakan untuk pembelian alat kelengkapan semasa beribadah iaitu keyboard.

Katanya, gereja memiliki alat ini, namun ianya kini tidak lagi berfungsi, justeru sumbangan ini amat diperlukan bagi tujuan pembelian alat muzik yang baru.

Turut menerima sumbangan daripada wakil rakyat Bingkor itu ialah Veron Bin Vutun yang sedang sakit dan menjalani rawatan di Hospital.

Sumbangan disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Larry McDonald Philip  kepada  Puan Sherrah iaitu isteri kepada Veron Vutun dari Kampung Dangulad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN