29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Geraja St James Apostle Kg.Bunsit, terima sumbangan ADUN Bingkor

Robert (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Joyner.

KENINGAU:Geraja St James Apostle Kampung Bunsit Bingkor menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai Kos  Pembelian Peralatan Muzik Di Geraja berkenaan.

Robert menyerahkan sumbangan itu kepada Penyelaras Muzik Kerasulan Belia Katolik (KBK) St James The  Apostle Bunsit Joyner Dangga.

Joyner  merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada wakil rakyat  Bingkor itu atas sumbangan tersebut.

Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah merealisasikan hasrat KBK untuk membeli alat muzik untuk kegunaan di Gereja tersebut.

Terdahulu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menghulurkan  sumbangan alat binaan berupa zink kepada Andoi @ Stephen Juri dari Kg.Binaong.

Rahman (kiri)mewakil Robert menyampaikan zink kepada Andoi.

Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Mukim Tuarid Rahman Bidin mewakili Robert.

Andoi sangat memerlukan sumbangan kebajikan ini bagi menggantikan atap zink rumah beliau yang telah uzur dan mengalami kerosakan.

Sumbangan yang diterima beliau ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan memberi bermanfaat kepada beliau.

Beliau juga mengucapkan terima kasih  kepada Robert atas keprihatinan dan sumbangan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN