RANAU – Gempa bumi lemah berukuran 3.4 skala Richter telah berlaku di Kundasang, Sabah pada pukul 6.20 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur di Kundasang.
“Gempa bumi itu dikesan 12 kilometer Barat Laut dari Ranau, Sabah dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.