25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Gelombang penolakan pengundi Cina: Prestasi PH dan DAP di Sabah alami kejatuhan mengejut


KOTA KINABALU: Landskap politik Sabah dikejutkan dengan perkembangan dramatik apabila lapan kerusi tradisi DAP dilaporkan tumbang serentak dalam keputusan awal tidak rasmi malam tadi, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai perubahan ketara sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan (PH).

Antara kerusi yang dilaporkan berpindah tangan termasuk Luyang, Tanjung Aru, Kemabong, Elopura, Tanjong Papat, Sri Tanjong, Likas dan Kapayan, kawasan yang sebelum ini dianggap kubu kuat DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Pemerhati politik menyifatkan keputusan itu bukan sekadar perubahan biasa, tetapi isyarat penolakan yang jelas dan tersusun daripada pengundi Cina terhadap gabungan itu.

Sumber politik negeri menyatakan kehilangan lapan kerusi secara serentak merupakan sesuatu yang โ€œbelum pernah berlakuโ€ dan menggambarkan rasa tidak puas hati yang semakin mendalam dalam komuniti tersebut.

Menurut penganalisis, pengundi Cina dilihat menghantar mesej tegas bahawa mereka tidak lagi bersedia menjadi โ€œpenyelamat tetapโ€ kepada PH dan DAP, khususnya selepas wujud persepsi bahawa gabungan itu gagal mengutamakan isu-isu yang dekat dengan komuniti berkenaan sejak berada dalam kerajaan pusat.

โ€œIni bukan gelombang ke kanan, dan bukan juga kerana minat baharu terhadap Perikatan Nasional,โ€ kata seorang penganalisis politik tempatan

โ€œPengundi Cina sekadar menarik balik sokongan kerana hilang keyakinan bahawa PH masih mampu membawa pembaharuan atau memenuhi janji-janji yang ditunggu mereka selama ini.โ€ kata penganalisis.

Perkembangan di Sabah ini turut mencetuskan perbandingan dengan beberapa detik penting dalam sejarah politik negara, termasuk perubahan besar undi masyarakat Cina pada tahun 1969, โ€˜tsunami politikโ€™ 2008 serta kemenangan bersejarah 2018 yang menyaksikan kejatuhan Barisan Nasional.

Penganalisis turut mengingatkan bahawa komuniti Cina pernah memainkan peranan signifikan dalam meruntuhkan gabungan politik besar, dan trend terbaru ini berpotensi memberi kesan besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

โ€œPengundi Cina tidak turun ke jalan, tetapi mereka menghantar mesej melalui peti undi. Jika trend ini berterusan, ia boleh mengubah sepenuhnya landskap politik nasional,โ€ katanya.

Keputusan muktamad pilihan raya dijangka memberi gambaran lebih jelas terhadap arah sokongan komuniti Cina, sama ada perubahan di Sabah ini merupakan fenomena setempat atau petunjuk awal gelombang lebih besar di peringkat kebangsaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN