26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

GAYA HIDUP SIHAT MELALUI AKTIVVITI BERSUKAN-YDP SK LAJAU BEAUFORT

Johan keseluruhan Pasukan Rumah Sukan Tun Mustapha

BEAUFORT: Penganjuran Program sukan di sekolah-sekolah akan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid juga warga sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Lajau Beaufort, Awang Anak haji Abdul Sani berkata melalui aktiviti dalam sukan sahaja mengasah bakat murid dalam pelbagai acara sukan , tetapi juga menggalakkan amalan hidup sihat melalui aktiviti kesukanan dan seterusnya menjana minda yang cerdas dan cergas.

“Aktiviti sukan harus dijadikan amalan gaya hidup bukan hanya apabila tiba hari sukan tetapi juga setiap masa kerana pada masa ini adalah suatu keperluan setiap individu menjaga kesihatan dengan pelbagai cara agar slogan rakyat sihat negara sejahtera itu menjadi kenyataan, selain membantu mengelakkan aktiviti yang kurang berfaedah melibatkan generasi muda yang kurang meluangkan masa untuk aktiviti riadah”katanya ketika berucap merasmikan kejohanan sukan kali ke-34 dekat sini semalam.

Sebahagian para pemenang yang menerima hadiah dan piala bersama pegawai kejohanan.

Terdahulu berucap dimajlis yang sama Guru Besar Mijin Musah berkata kejohanan kali ini terus dipelbagaikan pengisian buka hanya mempertandingkan acara sukantara balapan dan padang, tetapi juga menjadikan minggu sukan dengan aktiviti merentas desa.

Pada masa sama Mijin berkata kerjasama baik ibubapa dalam menjayakan setiap program sekolah termasuklah kejohanan sukan tahunan menunjukkan kesedaran positif ibubapa terhadap kepentingan penglibatan semua murid dalam sukan, selain penyertaan dalam unit beruniform dan program 1Murid 1 Sukann yang dilaksanakan setiap minggu.
“ Kita berharap kerjasama erat ini akan menjana pelbbagai kejayaan anak-anak dalamm sukan juga dalam bidang akademik dan membantu sekolah mencapai misi dan visi ke arah melahirkan insan yang terdidik dan dapat melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”katanya.

Sementara itu, dalam kejohanan itu Pasukan Rumah Tun Mustapha muncul johan keseluruhan. Para pemenang menerima piala dan sijil.- OLEH: FRANCIS ANDIN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN