29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Gara-gara tidak kibar bendera kapal sokongan luar pesisir ditahan

TAHAN….Kapal sokongan luar pesisir yang ditahan

LABUAN: Gara gara gagal mengibarkan bendera Malayhsia sebuah kapal sokongan luar pesisir  ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan, pada Selasa.

Pengarahnya, Kepten (M) Nudin bin Jusoh berkata, kapal berkenaan  ditahan pada jam 9:45 pagi ketika  pihaknya membuat rondaan rutin di sekitar kawasan bersauh perairan Pulau Papan.

“Bot  peronda APMM  telah mengesan sebuah kapal sedang berlabuh tanpa mengibarkan bendera negara.

“Pemeriksaan mendapati kapal dikendalikan oleh dua orang kru warga tempatan masing-masing berumur34 tahundan 47 tahun” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin

Beliau berkata,  nakhoda dan Ketua Jurutera serta dokumen berkaitan ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Labuan untuk siasatan lanjut.

 Kes disiasat dibawah OrdinanPerkapalan Saudagar(MSO) 1952.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara. Oleh itu, komuniti maritim dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN