33 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gangguan bekalan air bersih di Ranau dijangka pulih secara berperingkat

Gambar hiasan

RANAU: Bekalan air bersih di daerah ini khusunya kawasan-kawasan terjejas dijangka pulih menjelang Sabtu ini.

Menurut Jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ranau, Mohd. Royhaisham Abd. Fattah, Loji Bambangan akan mula beroperasi dan bekalan kini dapat disalurkan ke kawasan-kawasan terjejas.

Beliau berkata antara kawasan terbabit adalah Taman Saujana, Muhibbah (Rumah-Murah) dan  perumahan-perumahan sepanjang jalan Tambunan.

“Manakala bagi kawasan Lohan, Poring dan kawasaki jalan Sandakan, terpaksa mengambil masa untuk kembali normal disebabkan proses mengisi air ke paip-paip bersaiz besar yang kosong.

“Dijangkakan bekalan ke kawasan terjejas akan pulih menjelang hari Sabtu once pressure suda stabil,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Bagaimanapun jelas Royhaisham, sekiranya ada kawasan yang masih mengalami gangguan atau belum mendapat bekalan air,  ia mungkin disebabkan masalah kecil seperti kebocoran atau meter tersumbat.

“Pasukan agihan kami akan sentiasa melakukan pemantauan,” tambah beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN