PAPAR: Pasangan beregu gandingan anak-beranak, Walter Wookong dan Eyon dari pasukan Wookong Men dinobatkan sebagai juara pertandingan dart Abak-Abak 1st Double Dart Event di PDC Dart, Kg. Rampazan, di sini baru-baru ini.
Pertemuan antara Wookong Men dan beregu dari pasukan Ruai Kitchen pada perlawanan akhir itu bagaikan buku dengan ruas apabila kedua-dua regu mempamerkan aksi permainan sama hebat, namun kemenangan berpihak kepada Wookong Men.

NAIB JUARA ….(kiri) Jussie dan Neo, manakala gambar kanan, pemenang bersama 3/4
Pemain berpengalaman gandingan Jussie Ruai dan Neo tiger yang mewakili Ruai kitchen terpaksa akur di tempat kedua.
Juara dan naib juara masing-masing memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,500 dan RM600.
Dua lagi pasukan yang bersaing dalam kelompok 4 teratas iaitu Ruai Fighter menerusi gandingan Aziz/Yat dan Lugai-Lugai yang diwakili Star Legend/William, terpakasa berpuashati dengan berkongsi kemenangan di tempat ketiga dan keempat (joint 3/4). Kedua pasukan menerima hadiah wang tunai RM300.

HSC ( Walter ) 180 (Neo Tiger ) dan 171 (William)
Pasukan yang berjaya mendapat tempat kelima hingga kelapan pada pertandingan itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 setiap pasukan.
Empat pasukan tersebut terdiri KDS papar, Brother PPR, Abak2 AR dan
UKDC Bravo.
Sementara itu, Neo Tiger dari pasukan Ruai Kitchen memenangi kategori ‘180’ manakala kategori ‘High Score Check’ menjadi milik Walter Wookong dari pasukan Wookong Man, dan ‘171’ dimenangi William dari Lugai-Lugai.

Barisan penganjur di ketuai oleh Duleh Matali (tengah)
Pemenang – pemenang kategori teknikal masing-masing menerima hadiah berupa beras 10 kilogram yang disumbangkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Pantai Manis, Tuan Rosli Ibrahim bersama individu dermawan Abba dan Rio Ketam.
Rio Ketam juga turut bermurah hati untuk menambah hadiah juara sebanyak RM300 menjadikannya RM1,500 dari RM1,200.
Menurut penganjur, sebanyak 48 pasukan telah mengambil bahagian pada pertandingan itu.
Mewakili penganjur, Duleh Matali mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan itu dan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu dermawan yang menyumbangkan hadiah.