30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Gagasan Rakyat Tambunan sambut baik Skim Insurans Berkelompok

Victor menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang ahli Gagasan Rakyat yang tertua di Tambunan.

TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan menyambut baik Skim Insurans Berkelompok yang akan memanfaatkan kira-kira 3.5 juta rakyat Sabah.

Ketua Bahagiannya Datuk Victor P. Paut berkata, beliau berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan barisan Kabinet Negeri kerana dengan inisiatif ini seluruh rakyat dapat manfaatnya.

“Saya bagi pihak rakyat di kawasan ini mengalu-alukan Skim Insurans tersebut kerana ia memberi harapan kepada 3.5 juta rakyat Sabah untuk menikmati kemudahan itu” kataya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Gagasan Rakyat Bahagian N.39 Tambunan yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.

Baru-baru ini Kabinet Negeri meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang akan memanfaatkan kira-kira 3.5 juta rakyat Sabah yang berumur antara sebulan hingga 80 tahun akan menerima perlindungan inurans kemalangan diri percuma secara automatik bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian RM500.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata perlindungan insurans kemalangan itu adalah percuma kepada semua yang layak.

Beliau berkata perlindungan insurans itu akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri, Progressive Insurance Berhad.

Pada majlis itu, Victor menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 1,000 orang golongan warga emas, OKU dan mereka yang uzur.

Turut disampaikan sumbangan kewangan kepada 28 Masjid dan Surau seluruh Tambunan yang mana sumbangan tersebut merupa tahun ketiga Gagasan Rakyat Tambunan menyampaikannya.

Pada majlis sama Victor menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga ahli parti yang tertua masing-masing berumur 102 tahun dan seorang lagi ahli berumur 99 tahun.

Selain itu Victor juga menyampaikan duit raya kepada seluruh penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan.

Hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tambunan Datuk Amelia Ajun, Ketua Bahagian PBS Tambunan Datuk Daniel Kinsik, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bingkir Datuk Jasri Mat Jakir dan barisan kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Tambunan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN