26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan terus memberi kerjasama kepada komponen GRS

Victor bersama Amelia menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa pada majlis itu.

TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan akan terus memberi kerjasama dengan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan Datuk Victor P. Paut berkata, kerjasama antara parti-parti komponen GRS amat penting bagi memperkuatkan kerajaan negeri yang sedia ada sekarang.

Katanya, kestabilan politik itu lebih penting untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan menunaikan janji-janji yang dulu.

Victor berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Gagasan Rakyat Sabah di rumah kediaman Datuk Hajjah Amelia Ajun di Kampung Goliung dekat sini pada Rabu.

“Kita tidak mencapai apa-apa yang baik jika kita tidak bekerjasama, lebih baik kita bersatu dalam GRS” katanya.

Menurut Victor, kerjasama diantara komponen parti GRS ini sebenarnya sudah lama amalkan oleh pemimpin-pemimpin parti komponen GRS.

“Justeru itu marilah kita saling bekerjasama, di mana peperangan politik di sana sini itu kita ‘cover’ itu yang penting, tiada guna kita bertelagah diantara sesama sendiri dalam GRS” tegasnya.

Menurut Victor, majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan atas nama Parti Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan merupakan program pertama diadakan selepas pelancaran Parti Gagasan Rakyat Sabah tahun lalu.

“Kehadiran lebih kurang 4,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama pada majlis itu diluar jangkaan kami’ katanya.

Sementara itu tuan rumah pada majlis itu yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tambunan Datuk Hajjah Amelia Ajun berkata , selain mengeratkan hubungan perpaduan melalui penganjuran seumpama ini ianya juga antara usaha untuk berkongsi rezeki semua masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Katanya, kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum agama menunjuk perpaduan dan keharmonian masyarakat di daerah.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang sempat datang walaupun mungkin makanan tidak seberapa memuaskan tetapi yang penting adalah rumah terbuka seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan khususnya di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN