27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 26, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

GAGASAN RAKYAT BAHAGIAN API API KUKUH JENTERA

Barisan jawatankuasa Gagasan Rakyat bahagian Api Appi bergambar kenangan bersama Faisyal (lima dari kiri), Usin (empat dari kanan), Murni (empat dari kiri), Salmi (tiga dari kiri), Safwan ( dua dari kiri) dan Emmie (sebelah kiri sekali) beserta jawatankuasa yang lain.

KOTA KINABALU: PGRS Bahagian Api-Api baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat pembentukan jawatankuasa penaja bahagian yang diketuai oleh Datuk Hj Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego selaku Ketua Penaja Bahagian yang turut membuat penyerahan watikah pelantikan kepada ke semua AJK penaja.

Datuk Hj Faisyal menyatakan bahawa PGRS Bahagian Api-Api akan segera menyusun jentera pentadbirannya serta menubuhkan cawangan-cawangan penaja.

Menurut beliau lagi, keutamaan PGRS Bahagian Api-Api adalah untuk mengukuhkan jentera di semua peringkat bahagian dan bekerjasama dengan parti-parti komponen GRS di parlimen Kota Kinabalu.

Jelasnya, sebagai sebuah entiti politik di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu, PGRS Bahagian Api-Api akan lebih peka dengan isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pengangkutan awam, keselamatan, kebersihan dan perumahan mampu milik.

Bagi memastikan PGRS Bahagian Api-Api mampu memberi impak positif serta efektif dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat, barisan jawatankuasa yang dipilih terdiri dari individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang, pengalaman dan kemahiran termasuklah golongan professional muda.

Barisan jawatankuasa penaja PGRS Bahagian Api-Api terdiri daripada Ketua Bahagian Datuk Hj Faisyal Datuk Yusuf Hamdain Diego, Timbalan Ketua Bahagian, Usin Hj Sukor, Naib Ketua Bahagian, Murni Awang, Setiausaha bahagian, Johann Diego, Bendahari, Rena Kashelda Yusof, Ketua Penerangan, Datuk Yeo Boon Hai, Ketua Wanita, Hjh Salmi Sarinoh, Ketua Pemuda, Syahrul Safwan Najwan Datuk Hj Faisyal dan Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang.

Sementara itu, ahli jawatankuasa bahagian Hj Mohd Ibrahim Hj Yassin@ M.Y Ibrahim, Datuk Mohammed Sahid Hj Nawab Khan, Dato Awang Ahmad@Awang Ariffin, Ir. Dr. Mohd Yunus Hamid. Eric Ye Lee Tsen, Pg. Alliyuddin Pg. Ahmad Tajuddin. Roslan Masran, Hj Arsad Tamam. Mustakim Durahim, Ram Singh, Mohd Iizham Datuk Majin, Chong Choi Lin, Dr. Siti Fatmah Suahid, Luken Westly Estrop, Shafferra Narvana Risaib Shah dan Noor Shaffienas Awang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN