Mordi bersama johan APBN kategori Pertubuhan GAPOBA.
LABUAN: Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kampung Pohon Batu (GABPOBA) dinobat johan kategori pertubuhan belia Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 peringkat Labuan.
Pemenang tempat ketiga bagi kategori yang sama tahun lalu itu menerima hadiah wang tunai RM10, 000 bersama piala iringan dan sijil.
Naib juara disandang Kelab Belia Kampung Lubok Temiang (KBKLT), menerima hadiah wang tunai RM5, 000 serta piala dan sijil.
Manakala bagi kategori individu lelaki dan wanita, johan masing-masing disandang oleh Edzan Fauzan Tamin dan Ellorna Tan Tian Hua.
Tempat ketiga individu lelaki dan wanita masing-masing dimenangi Muhammad Tharz Irsyad dan Dg Shahirah Shsyranie Awang Mohamad Redzuan.
Kedua-dua pemenang kategori tersebut menerima hadiah wang tunai RM4,000 piala dan sijil.
Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol yang diadakan di Kompleks Ujana Kewangan, pada Ahad.
Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Labuan berlangsung selama dua hari dengan pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan belia dan juga warga Labuan.
Turut diadakan, pameran agensi dan jabatan kerajaan, karnival kerjaya, pertandingan persembahan pentas dan juga persembahan artis jemputan.



