27.7 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

‘FUN RUN MERDEKA’ semarakkan sambutan bulan Kebangsaan

Abidin bersama para peserta dan pihak penganjur program itu

RANAU: Bulan Kebangsaan 2023, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Ranggaton Kg Libang dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Ranau telah mengadakan Program ‘FUN RUN MERDEKA’ di sini baru-baru ini.


Penganjuran program tersebut adalah bertujuan untuk mengukuhkan semangat patriotik di kalangan penduduk kampung bagi memupuk semangat Cintakan Negara.


Program tersebut telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, merangkap Adun N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang turut menyampaikan hadiah-hadiah dalam acara tersebut.


Program yang juga sempena sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kg Libang tahun 2023 itu diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Kg Libang dan dihadiri oleh lebih kurang 100 peserta.


Turut melibatkan diri dalam menjayakan enganjuran program tersebut ialah kakitangan dan pegawai dari Jabatan Perpaduan Daerah Ranau dan juga Jabatan Penerangan Daerah Ranau.


Antara lain pengisian program tersebut termasuklah acara Zumba dan senaman, dan juga Fun Run sejauh 3 kilometer yang di Flag Off oleh UPPM N38 Paginatan, Mohd Hisyamuddin bin Harun.


Selepas tamat larian, Abidin menyampaikan kepada 10 peserta terbaik bagi kategori Terbuka kanak-kanak lelaki bawah 13 tahun, Terbuka kanak-kanak perempuan bawah 13 Tahun, Terbuka lelaki dewasa, Terbuka perempuan dewasa, dan Terbuka veteran Campuran.


Turut disempurnakan oleh beliau adalah penyampaian hadiah Pertandingan Jom Kurus, Sihat dan Selesa Siri 1.


Untuk pertandingan itu, seramai 34 peserta yang terdiri daripada 32 perempuan dan dua lelaki mengikuti acara yang dinjurkan secara tertutup tersebut, dan pihak penganjur bercadang untuk adakan siri seterusnya kepada umum untuk penduduk daerah Ranau.


Turut Hadir, Pegawai Penerangan Daerah Ranau, Kenny Thomas, Pegawai Perpaduan Daerah Ranau, Faiz Mohd Zahri, Pengerusi JKKK Kg Libang, Azrin Numat, Ketua kampung Libang, Jahudin Jaimin dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN