27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Foodpanda Ranau, beri peluang jana pendapatan

RANAU : Pewujudan Foodpanda di Sabah memberi peluang positif kepada anak-anak muda menjana pendapatan lumayan jika diusaha secara bersungguh-sungguh.

Kepada mereka yang berminat terutama golongan belia yang terlibat pengurangan pekerja berikutan pandemik Covid-19 di Sabah, boleh mencuba melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara Online menerusi ‘Rider’ yang kini mulai diminati Belia di Sabah.

Pengurus Foodpanda ‘Rider Captain’ (RC) Zon Ranau, anak kelahiran daerah Sandakan, Mohammad Azmi Bin Awang Puteh berkata, Foodpanda memberi peluang kepada golongan belia menganggur atau yang terkesan dan terlibat pengurangan pekerja
akibat Covid-19 untuk menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung harap terhadap bantuan ibu bapa.

“Kita bercadang akan membuka peluang kepada Foodpanda untuk membuka di kawasan Lohan dan Kundasang bermula tahun depan”, jelas Azmi.

Menurutnya di Ranau kini lebih 45 ahli berdaftar sah sebagai Rider Champion (RC) Foodpanda melaksanakan penghantaran pesanan yang diterima menerusi Online daripada pelanggan menggunakan Motosikal sekitar pekan Ranau.

Di Sabah katanya, kini sudah ada 10 buah daerah dengan Vender dan Rider’s beroperasi aktif iaitu, Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kota Marudu, Lahat Datu, Beaufort, Papar, Tuaran dan Ranau.

Para ahli Foodpanda merakam gambar selepas beroperasi menghantar pesanan menerusi online daripada pelanggan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN