34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Flora Tangkim terajui PERWANISA

Jawatankuasa PERWANISA Ranau sesi 2022-2023 sempat merakam gambar bersama Datin Nahiah(duduk depan tiga kiri), Datin Sri Rosnie (tiga kanan) dan Flora (berdiri kanan baris dua).

RANAU: Flora Binti Tangkim diberi  kepercayaan bagi menerajui kepimpinan  Persatuan Kumpulan Wanita  Silaturahim (PERWANISA) Ranau bagi sesi Tahun 2022-2023 apabila dipilih  sebagai Pengerusi Perwanisa pada satu Mesyuarat Agung Pertama di rumah kediaman mantan Menteri Persekutuan, Tan Sri Kasitah Bin Gaddam di Taman Dahliah 1,  Tagudon Baru di sini baru-baru ini.

Naib Pengerusi disandang oleh Muhini Binti Kasan, manakala Nurain@Jasimie Francis menyandang tugas sebagai Setiausaha dan dibantu  Sohima Binti Sapin (Timbalan Setiausaha) dan  Rosinie Binta Siga dipilih sebagai  Pegawai Perhubungan Awam  seterusnya Junaidah Binti Awang sebagai Juruaudit dan semua Pengerusi setiap Biro adalah Jawatankuasanya.

Sementara Datin Sri Hajah Rosnie Ambuting dilantik sebagai Penasihat dan dengan sebulat suara bersetuju melantik Tan Sri Kasitah sebagai Penaung perasatuan Perwanisa.

Mesyuarat Agung kali pertama itu telah dirasmikan Datin Nahiah Binti Midin, isteri kepada mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Benard Bin Dalinting.

Datin Nahiah dalam ucapannya, menyeru  kumpulan Perwanisa supaya memperkujuhkan ukhwah dan mengamalkan sikap  memberi kembali ‘Give And Take’ untuk meneruskan rantaian amal kebaikan serta kebajikan kepada yang memerlukan.

Menurutnya, persatuan juga perlu bergiat aktif dalam
kegiatan amal sosial kepada ahli di daerah Ranau meskipun iklim ekonomi semakin  mencabar.

“Daerah Ranau terkenal  kaya  dengan hasil pertanian dan  aktiviti Pelancongan yang sentiasa bertambah  selain daerah  melahirkan lebih ramai Graduan serta penjawat  pelbagai orginasi kerajaan dan swasta namun demikian masih ramai dalam komuniti terutama dari segi ekonomi dan sokongan moral.

“Dengan sebab itu, persatuan ini harus bergia-aktif dan semua ahli  perlu meneruskan perjuangan dan tetapkanlah semangat dan jadikan sebagai printis yang diperlukan sebab, kalau bukan kamu siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi. Jadikanlah perkumpulan Perwanisa Ranau ini sebagai Media dan Flatform Beramal, Berbakti dalam ertikata yang sebenar’, tambah Datin Nahiah.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN