Gambar: Jonathan Yasin
RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin hari ini menafikan kapsyen dalam sekeping gambar yang tular di media sosial adalah catatan beliau.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau ketika dihubungi Borneo Daily Bulettin petang tadi berkata, laporan polis akan dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Johnny MJ’ berhubung kapsyen gambar tersebut.
“Johnny MJ telah memuat naik gambar saya beserta catatan yang ditulis dengan warna merah di Facebook ‘Suara Anak Sabah’ (S.A.S) baru-baru ini.
“Saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan seperti itu dan ini adalah fitnah yang sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab iaitu Johnny MJ,” katanya.
Beliau berharap selepas laporan polis dibuat, siasatan dan tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil ke atas pemilik akaun facebook terbabit.
Pasa 24 April lalu, kira-kira jam 7.20 malam, pemilik Facebook ‘Johnny MJ’ telah memuat naik gambar Jonathan dengan kapsyen “Hello!! ahli group anti PTI. Lepas PKP kita sama2 lawan PTI. Ingat ini kuasa saya bukan Warisan”. TAMAT