28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

FILEM ‘DO RE ME’ SEPATUTNYA ADA SIRI-4

RAMAI yang tidak tahu sebenarnya selepas filem Lakmana Do Re Mi, P.Ramlee bersama A.R Tompel ingin menyambung satu lagi siri Do Re Mi menjadikan ianya siri keempat filem berkenaan.

Skrip dan lakon layar sudah mula diselenggarakan oleh P.Ramlee bersama A.R Tompel sebelum memulakan penggambaran. Tetapi satu masalah besar telah timbul bagi menyempurnakan siri ini apabila Ibrahim Din tidak bersetuju wataknya dimatikan dalam filem berkenaan. Ibrahim Din telah menemui P.Ramlee menyatakan wataknya jangan dimatikan tetapi matikan watak Re yang dilakonkan oleh A.R Tompel.

Disebabkan ada beberapa perkara berbangkit yang tidak menemui jalan penyelesaian antara P.Ramlee, A.R Tompel dan Ibrahim Din, maka projek filem ini tertangguh selama beberapa minggu sehingga A.R Tompel meninggal dunia pada 30 Januari 1973 dalam satu kemalangan kereta.

P.Ramlee pernah bercerita kepada seorang wartawan Majallah Filem akan perkara itu.

Kata P.Ramlee, “saya dan Tompel ingin matikan Ibrahim Din dalam siri Do Re Mi yang akan datang, tetapi Ibrahim Din kata pada saya matikan Tompel, beberapa minggu selepas itu Tompel benar-benar mati, seloroh P.Ramlee.

Selepas kematian A.R Tompel, P.Ramlee telah membatalkan hasrat pembikinan sambungan siri Do Re Mi dan menamatkan kontraknya bersama Studio Merdeka. Ini menjadikan filem Laxmana Do Re Mi merupakan filem terakhir dalam kerjaya P.Ramlee.

Sumber :Majallah Filem/HAR

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN