25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Fasa peralihan   endemik rancakan semula sektor perniagaan

GAMBAR: Mohd Hafiez Mohd Daud.

LABUAN: Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud berkata, keputusan kerajaan untuk meletakkan  negara ke fasa endemik bermula pada 1 April depan dilihat mampu merancakkan semula ekonomi Labuan khususnya di sektor perniagaan.

Beliau berkata, keputusan kerajaan itu juga membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan memahami terhadap kesukaran yang dialami oleh rakyat serta komuniti perniagaan yang terpaksa  mengharungi pelbagai  cabaran sepanjang tempoh pendamik COVID 19.

“ Kehidupan rakyat  jelas terjejas teruk  manakala perniaga pula terpaksa menanggung rugi sehinggakan ramai yang terpaksa menamatkan operasi perniagaan masing-masing” katanya ketika dihubungi di pejabatnya pagi ini.

Justeru itu katanya,  pelaksanaan fasa peralihan itu dijangka membantu memulihkan perniagaan apabila waktu operasi masing masing kembali kepada asal.

“ Labuan perlu mematuhi arahan berkaitan menamatkan sekatan dan melaksanakan waktu operasi ditetapkan agar dapat kembali rancak dan menghidupkan semula aktiviti perniagaan di pulau ini” katanya.

Menurut beliau,  MKN Labuan  telah menyaksikan sendiri bagaimana impak COVID 19 ke atas semua perniagaan dan sudah sampai masanya bagi Labuan  turut sama menyertai usaha fasa peralihan tersebut agar penduduk dapat kembali kepada kehidupan biasa selepas  mengharungi cabaran pendemik  sejak dua tahun lalu.

Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk  Seri Ismail Sabri Yakob mengumumkan  bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endamik COVID 19 bermula 1 April dengan waktu operasi perniagaan kembali kepada asal mengikut ketetapan lesen perniagaan masing-masing. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN