28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

FAMA Ranau terus komited mempelbagaikan kemudahan kepada para peniaga

Sebahagian pengusaha geraiĀ  Fama (Bazar Ramadan) merakam gambar bersama Sarman (sembilan dari kiri) dan Hasin (lapan dari kanan)

RANAU:Lembaga Pamasaran Pertanian Persekutuan (Fama) daerah Ranau terus komited mempelbagaikan kemudahan bagi memberi ruang dan peluang perniagaan kepada para ahlinya  untuk pempromosi dan menjual produk masing-masing kepada orang ramai.

Usaha dan peluang itu dimanfaatkan 15 Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) menambah pendapatan bagi menampung keperluan keluarga mereka.

Seperti yang diadakan  setiap tahun sepanjang Ramadan di pekan Ranau, pihak FAMA memberi peluang kepada pengusaha PKS membuka gerai jualan  sejak  22-29 Mac ( bermula jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang) telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung.

Peluang itu dimanfaatkan untuk mempamer dan menjual pelbagai produk mereka termasuklah Biskut Raya dan banyak lagi dengan harganya yang berpatutan.

Pengarah Fama negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sarman Bin Sidno ketika ditemui semasa meninjau dan berama mesra dengan para pengusaha gerai Bazar Ramadan di pekan Ranau pada pagi Jumaat, memuji FAMA daerah kerana berinisiatif membuka gerai untuk para ahli PKS menjual produk masing-masing yang sudah pasti dapat menambah pendapatan.

“Tahniah kepada FAMA daerah ini atas kejayaan mereka membantu meningkatkan ekonomi para ahli”, jelas Sarman yang turut diiringiĀ  Pembantu Ehwal Ekonomi Fama Ranau, Hasin Bin Abas.

Lawatan tinjauan mesra, tersebut berakhir dengan sesi merakam gambar kenangan para pengusaha gerai bersama Sarman.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN