Robert (tengah)menyampaikan bantuan air minuman dan makanan kering kepada petugas barisan hadapan di PKPD Skim Pamalan.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Cuaca yang tidak menentu di daerah ini tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin untuk menyantuni rakyat di kawasannya.
Katanya, walaupun keadaan cuaca tidak menentu beliau tetap meneruskan tugasan yang sudah dirancang.
Hari ini beliau bersama rombongan melawat stesen Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Skim Pamalan yang telah dikuatkuasakan sejak 22 Jun hingga 5 Julai depan dan seterusnya mendapatkan maklumat berkenaan PKPD di kampung tersebut.
Sempena lawatan itu Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya Negeri Sabah telah menyampaikan bekalan air minuman dan makanan kering kepada Barisan Hadapan yang bertugas di Stesen berkenaan.
Robert menemui petugas KKM yang mengawal penularan Covid-19 di PKPD Skim Pamalan.
“Kita doakan semoga para petugas Barisan Hadapan dipermudahkan segala tugasan dan berharap terus bersemangat untuk membantu membendung penularan Covid-19” kata Robert.
Pada masa sama beliau juga kepada semua masyarakat agar dapat bersama-sama bertanggungjawab mengambil bahagian dalam membendung penularan pandemik ini.
“Selain bantuan kepada petugas Barisan Hadapan kita juga telah melancarkan pengagihan bantuan bakul makanan bagi 3,755 golongan B40 dan eKasih di kawasan DUN Bingkor” jelasnya.
Hadir sama pada program ini, PPM DUN Bingkor Junior Fred; Ketua Daerah, Daniel Palangi, Ketua Wanita STAR Bahagian Bingkor Jennifer Epil, Ketua Wira Muda STAR Bahagian Bingkor, Florian Elon dan kakitangan UPPM Bingkor.