25.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Fakta sejarah yang tercicir perlu diajar di sekolah-sekolah: Abidin

Abidin menandatangani plak pada Tugu Batu Asas Hari Sabah di Perkarangan tanah adat Mukim Paus Paginatan sambil diperhatikan oleh yang lain


RANAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, banyak sejarah yang tercicir dan menggesa agar fakta sebenar mesti dimasukkan kembali sebagai satu syllabus pembelajaran di sekolah-sekolah.


Menurutnya, North Borneo telah diistihar sebagai ‘self government’ oleh Sir William Goode selaku Governor terakhir North Borneo pada 31hb Ogos 1963 di mana berakhirnya pemerintahan British dan bermulanya titik kerajaan sendiri yang diketuai oleh Donald Stephen.


“Perlu dijelaskan bahawa North Borneo merupakan sebuah negara merdeka, dan beberapa perkara penting yang berlaku selepas pengistiharaan kemerdekaan North Borneo.


“Antara lain, pada Ketika itu North Borneo diganti dengan nama Sabah, Pengenalan bendera Sabah yang baru, Lagu Sabah Tanah Airku diperkenalkan, Penabalan TYT sebagai Tuan yang dipertuan Negara Sabah


“Turut dibuat ialah Pengujudan ‘Sabah Legislative Council’ yang sekarang dipanggil sebagai ‘Sabah Legislative Assembly’,” kata beliau.


Tambah beliau lagi, banyak sejarah yang tercicir dan harus dimasukkan kembali sebagai satu syllabus pembelajaran di sekolah-sekolah supaya generasi akan datang sedar aka napa sebenarnya yang telah berlaku di masa lalu.


Menurutnya, pewartaan Sabah Day telah dipelopori oleh Presiden Parti StarSabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, di mana Hari Sabah membuktikan semangat patriotism yang tinggi di kalangan pemimpin terdahulu.


“Kita harus menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu seperti OKK Sodomon Gunsanad, G S Sundang, Donald Stephen, Tun Mustapha dan lain-lain.
“Mereka ini adalah yang bertanggungjawab melakar syarat-syarat Sabah menyertai penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Abidin (belakang tengah) dan lain-lain mengabdikan kenangan bersejarah di hadapan Tugu Batu Asas Hari Sabah dalam majlis itu


“Semua syarat-syarat tersebut termaktub dalam Perjanjian Malaysia MA63, 20 Perkara dan semua legal dokumen penubuhan Malaysia melalui Laporan IGC,” kata beliau.


Abidin yang juga Naib Presiden Parti StarSabah dan Adun Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perkampungan dan Pemasyhuran Hari Sabah yang diadakan di Dewan Terbuka Tugu Nunuk Ragang baru-baru ini.


Beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pemegang Adat atas usaha membina Batu Asas memperingati Pewartaan Hari Sabah oleh kerajaan pada tahun ini.


“Sudah tentu batu asas ini akan menjadi kenang kenangan dan akan dinikmati oleh generasi akan datang betapa kita menghargai usaha kerajaan untuk mengiktiraf Hari Sabah,” kata beliau.


Sementara itu, Pengerusi Penganjur, KAN Dualis Porodtong berkata Batu Asas di Nunuk Ragang ini adalah pertama dibina untuk memperingati kemerdekaan Sabah pada 31hbOgos 1963.


“Upacara Khas Pemasyhuran Hari Sabah lebih signifikan dengan pembinaan Tugu Batu Asas Hari Sabah di Perkarangan tanah adat Mukim Paus Paginatan sempena memperingati Pewartaan Hari Sabah oleh Kerajaan Sabah pada tahun 2024,” katanya.


Turut hadir, Ketua Daerah, OKK Muhasip Hj Rauman, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen mewakili Datuk Jonathan Yasin, Benedick Gunda, ASP Jamzami mewakili OCPD Daerah Ranau, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, dan pemimpin-pemimpin Kawasan DUN Paginatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN