33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Faizal Muncul Juara Kategori Catur Kilat Terbuka Keningau Youth Chess Championship.

Rafie (dua kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada Muhammad Tirmidzi (dua kanan)

Oleh: Rizalmi

KENINGAU: Faizal Andin muncul juara dalam kategori catur kilat terbuka Keningau Youth Chess Championship 2024.

Manakala, johan bagi kategori 20 tahun ke bawah, 15 tahun ke bawah, 12 tahun ke bawah dan 9 tahun ke bawah masing-masing dimenangi oleh Muhammad Tirmidzi Abdul Sahim, Jason Warren Likoh, Declan Carl Linus dan Muhammad Hafiz Suffian.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert, yang mana kejohanan ini diadakan selama dua hari di Taman Bandukan Riverside Resort, di Keningau.

Jelasnya, penganjuran ini telah mendapat penyertaan yang ramai iaitu seramai 38 orang menyertai dalam kategori Catur Kilat Terbuka dan seramai 116 orang remaja menyertai.

Beliau berharap agar penganjuran ini dapat menjadi platform kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran melalui pengalaman untuk menyertai kejohanan di peringkat yang lebih tinggi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana yang juga Pengerusi Kelab Chess Keningau, Jude James.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN