27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Tinjau Pembangunan Rumah Ibadat Kadamaian

Ewon ketika meninjau Gereja Katolik St.Dominic’s Kg.Tambulion.

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick meluangkan masa meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dewan masjid Kg Tambulion, di sini, hari ini.

Beliau turut menemui jawatankuasa gereja Katolik Kg Tambulion berkenaan keperluan pembesaran bangunan gereja tersebut di mana kerja-kerja pelaksanaan akan dimulakan.

“Kedua-dua projek pembangunan kecil ini telah saya luluskan di bawah peruntukan khas DUN Kadamaian pada bulan Mac lepas tetapi pelaksanaannya tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi pembinaan dewan masjid, peruntukan sebanyak RM50,000 telah saya persetujui dan kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan.

“Manakala pembesaran bangunan gereja RC kampung ini juga melibatkan peruntukan sebanyak RM50,000 yang saya persetujui dan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam masa terdekat,” katanya.

Ewon bergambar bersama para pemimpin masyarakat selepas meninjau Gereja Katolik St.Dominic’s Kg.Tambulion.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kedua-dua keperluan tersebut adalah antara yang dikemukakan kepada beliau dalam kunjungan ke kampung itu sebelum ini.

“Ini adalah antara komitmen dan aspirasi saya bagi mengekalkan keharmonian komuniti Kadamaian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepercayaan agama. Saya tahu masih banyak lagi keperluan seumpama ini di Kadamaian yang perlu dibantu,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat khas Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian berkenaan kerosakan-kerosakan infrastruktur awam akibat banjir dan hujan lebat baru-baru ini.

Antara kerosakan yang dilaporkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ialah tanah runtuh, kerosakan jalan, parit dan tebing sungai serta kerosakan titian kereta, jambatan gantung dan paip bekalan air graviti.

“Saya percaya kerosakan-kerosakan seperti ini juga berlaku di daerah-daerah lain.

“Ini antara yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan termasuk KPLB Sabah, di mana saya perlu memastikan agar peruntukan pembangunan sedia ada ataupun peruntukan tambahan disediakan bagi membantu menyelesaikan sebahagian keperluan baikpulih kerosakan tersebut,” katanya.

End.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN