30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Sertai Lawatan Rasmi Ketua Menteri Ke KKIP

Simbolik Persamian….Shafie (tengah) memotong reben sebagai simbolik perasmian.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menyertai lawatan rasmi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), pada Jumaat (10 Julai 2020).

Turut mengiringi, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Madius Tangau dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn Bhd Datuk Melvin Disimond serta Pengerusi KKIP Aerospace Sdn Bhd Dr Oh Ei Sun.

Rombongan turut melawat Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah, tapak cadangan untuk membina kilang kaca dan Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP.

Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP itu akan menjadi platform untuk menarik lebih ramai golongan belia Sabah menceburi bidang industri teknikal serta penyelenggaraan pesawat. Pusat itu yang dijangka menjadi antara peneraju kemudahan aeroangkasa di Asia Tenggara di bawah Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia, dilengkapi dengan hangar, bilik kuliah dan bengkel serta 120 bilik asrama dengan pendingin hawa serta kemudahan lain. Ia mempunyai pesawat jenis Autogyro Cavalon 915 dan Hawker Siddeley HS-125-400A.

Dalam majlis itu, Mohd Shafie turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara MASWings-Mega Aerospace Centre Sdn Bhd; Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd-KKIP Aerospace Sdn Bhd; CAAC Malaysia Sdn Bhd & Mega Aerospace Centre Sdn Bhd; Bataras dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN