27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Rasmi Bangunan Keusahawanan Desa Pertama Di Nabawan

RASMI… Ewon ketika menandatangani plug sebagai gimik perasmian Bangunan Keusahawanan Industri Desa di Nabawan

NABAWAN: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick merasmikan Bangunan Keusahawanan Industri Desa yang pertama di Nabawan.

Ewon berkata, pembinaan bangunan itu adalah sebahagian daripada usaha KPLB Sabah untuk membangunkan sektor ushawan luar bandar di bawah program Pembangunan Usahawan Desa (PUD) dan Program Pembangunan Satu Daerah Satu Produk (SDSP).

“Sebanyak 139 buah bengkel keusahawanan industri desa telah disiapkan di Sabah sejak beberapa tahun lalu termasuk 27 bengkel keusahawanan desa dua tahun lalu.

“Ada beberapa lagi dibina tahun ini dan kita akan serahkan kepada usahawan apabila siap sepenuhnya. Kita merancang untuk membina lebih banyak bengkel keusahawanan industri desa untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Keusahawanan Industri Desa Nabawan, Bengkel memproses Kerepek Pisang yang diusahakan Misa Langiton, di sini, hari ini.

Antara produk yang akan diusahakan di bengkel itu ialah produk-produk makanan berasaskan pisang, tuhau dan ubi.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, selain menyediakan bangunan keusahawanan, KPLB Sabah juga membantu dari segi perolehan kelengkapan mesin bersesuaian dengan perusahaan mereka dan menyediakan kursus-kursus peningkatan kemahiran, pembangunan keusahawanan dan pengurusan perniagaan.

“Pada tahun ini KPLB Sabah
memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan keusahawanan desa dan peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar.

“Daripada jumlah itu RM1 juta diperuntukkan untuk Program PUD dan RM1 juta lagi untuk Program SDSP. Oleh itu kita memohon lebih banyak peruntukan pada tahun depan agar lebih banyak usahawan desa dapat dibantu,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Tetap KPLB Sabah Fredian Gan, Pegawai Daerah Nabawan Virus Malitam dan para pemimpin masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN