30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Minta MPKK di Sabah Jalankan Tanggungjawab Yang Diamanahkan

Oleh: Marryan Razan

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick meminta semua Pengerusi, Setiausaha dan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga diberitahu sebaliknya oleh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, ini kerana pelantikan MPKK masih merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri, manakala Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pembayaran elaun.

“Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri Sabah melalui KPLB Sabah telah menerima peruntukan pembayaran elaun bagi bulan Januari 2020 hingga Jun 2020,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut mengesahkan KPLB Sabah telah menerima makluman penangguhan sementara urusan berkaitan MPKK di seluruh negara yang dikeluarkan oleh KPLB Persekutuan.

“Saya mengambil maklum banyak pertanyaan daripada Wakil-Wakil Rakyat dan anggota MPKK berkaitan surat pemakluman penangguhan sementara urusan berkaitan MPKK di seluruh negara yang dikeluarkan oleh KPLB Persekutuan.

“Saya mengesahkan KPLB Sabah telah menerima pemakluman tersebut,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau akan mengangkat perkara ini ke mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada Rabu ini (11 Mac 2020).

Surat bertarikh 4 Mac 2020 itu memaklumkan penangguhan sementara urusan MPKK dan MPKKP sehingga mendapat dasar dan halatuju berkaitan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan baharu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPLB Persekutuan Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN