30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Lancar Buku Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah “Etnik Sino-Native”

OLEH: MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick melancarkan buku Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah “Etnik Sino-Native” yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai warisan dan adat masyarakat Sino Kadazandusun Murut di Sabah.

Beliau berkata, buku ini amat penting untuk tetapan generasi kini dan akan datang khususnya masyarakat Sino di negeri ini agar mereka lebih memahami warisan, adat dan budaya nenek moyang mereka.

Ewon ketika berucap pada majlis itu.

“Tahniah kepada Persatuan Sino Kadazandusun Murut Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah atas usaha melaksanakan kajian seterusnya menerbitkan buku ini sebagai sumber rujukan dan pengetahuan umum pada masa akan datang.

“Bagi pandangan peribadi saya, setiap warisan, adat, budaya dan identiti bangsa setiap kaum yang ada di negara ini harus kita pertahankan, begitu juga dengan masyarakat Sino di negeri ini kerana negara kita adalah negara berbilang kaum,” katanya.

Simbolik pelancaran … Ewon ketika melancarkan buku itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah, Etnik Sino-Native, di Hotel Ibis Inanam, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Presiden Persatuan Sino Kadazandusun Murut Sabah Datuk Johnny Goh dan ahli jawatankuasa serta ahli-ahli persatuan itu.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kerajaan pusat dan negeri harus mencari satu kaedah terbaik untuk mengekal atau mempertahankan identiti satu-satu komuniti di negara ini.

Ewon menerima buku itu daripada Johnny

“Misalnya perkahwinan campur antara pasangan kaum India dan Cina atau pasangan etnik Kadazan, Dusun atau Murut dengan kaum Cina atau India… kita tidak boleh meletakkan bangsa anak mereka itu kelak mengikut bangsa sebelah bapa atau ibu kerana mereka bukan 100 peratus berbangsa India, Cina atau Dusun.

“Oleh itu kerajaan harus melihat semua ini dalam konteks bagaimana mengekalkan atau mempertahankan identiti satu-satu komuniti itu. Ini juga satu langkah kita mengiktiraf suku kaum mereka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Sijil Anak Negeri, beliau berpendapat akan-anak tidak perlu memohon sijil itu sekiranya ibu bapa mereka telah memohon Sijil Anak Negeri sebelum ini.

Beliau berkata, mana-mana anak kepada ibu bapa khususnya di kalangan masyarakat Sino yang memiliki Sijil Anak Negeri seharusnya layak secara otomatik mendapatkan sijil itu.

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa, sekiranya ibu bapa mempunyai sijil anak negeri bererti anak-anaknya tidak perlu lagi memohon sijil anak negeri kerana secara lojiknya, anak-anak dan generasi seterusnya adalah anak negeri,” katanya.

Ewon bergambar bersama ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Persatuan Sino Kadazandusun Murut yang hadir pada majlis itu.

Mengenai buku itu, Ewon berkata, etnik Sino merupakan salah satu etnik di Sabah yang kaya dengan budaya.

“Kajian lanjut mengenai budaya Sino-Native perlu dilakukan agar ia tidak luput ditelan zaman. Menerusi inventori budaya ini, sebanyak 15 aspek budaya etnik Sino-Native telah direkodkan dan didokumentasikan termasuk latar belakang etnik, tempat dan sejarah, aktiviti sosioekonomi, adat resam turun temurun dan pantang larang,” katanya.

Pada majlis itu Ewon turut mengumumkan sumbangan touchpoint sebanyak RM20,000 untuk Persatuan Sino Kadazandusun Murut. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN