Jainip menyerahkan borang keahlian Parti Gagasan Rakyat Sabah kepada Ghani.
NABAWAN: Enam bekas pemimpin masyarakat di daerah ini menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan menyatakan sokongan kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.46 Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.
Mereka ialah Jainip Antaim, Ampat Tahol, Kundul Lating, Epol Talu, Michael Lintong @ Epang dan Daud Anggau.
Jainip pernah memegang jawatan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) sekarang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dalam era kerajaan BN dan Ketua Anak Negeri (KAN) masa kerajaan Warisan.
Manakala Ampat Tahol bekas Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) masa kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS), Pemaju Mukim dan KAN masa Kerajaan BN dan Ketua Daerah Kecil Pagalungan masa kerajaan Warisan.
Sementara itu Kundul Lating bekas Pemaju Mukim masa kerajaan BN dan Ketua Anak Negeri masa kerajaan Warisan.
Epol Talu, Michael Lintong @ Epang dan Daud Anggau masing-masing bekas Pemaju Mukim, WKAN dan Ketua Kampung.
Mereka menyertai secara ramsi dalam Gagasan Rakyat pada Program Jelajah Memperkasakan Gagasan Rakyat dan Perasmian Mensyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan Gagasan Rakyat Bahagian Nabawan di dewan serbaguna Nabawan pada Sabtu.
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang mengalu-alukan penyertaan enam bekas pemimpin itu berkata, kemasukan mereka menunjukkan bahawa Parti Gagasan Rakyat semakin diyakini oleh rakyat Sabah.
Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan juga yakin penyertaan mereka dalam Gagasan Rakyat suatu petanda yang baik kepada parti khususnya di bahagian ini.
Katanya, Parti Gagagasan Rakyat Sabah yang kini dikenali dengan Gagasan Rakyat telah ditubuhkan pada 2013 dan kini diaktifkan dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Presiden.
“Gagasan Rakyat yang merupakan salah satu parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Rakyat Sabah (GRS) boleh membuat keputusan sendiri dan menentu nasib rakyat di negeri ini” katanya.