26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Empat pemimpin Labuan terima Pangkat Kehormat JBPM.

Penerima Pangkat Simsudin (tiga dari kiri), Japar (dua dari kanan), Noor Halim (kanan sekali), Wong (kiri sekali), Nor Hisham (tengah) dan Abdul Rahman (tiga dari kanan)              



LABUAN: Empat pemimpin tempatan Wilayah Persekutuan Labuan menerima penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan  Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek  dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB), Datuk Japar Estaban yang dianugerahkan Pangkat Penolong Pesuruhjaya  Bomba (Kehormat).

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan (Holding),  Noor Halim Datuk Zaini dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan, Datuk Wong Kii Yii dianugerahkan Pangkat Penguasa Kanan Bomba   (Kehormat).

Kesemua mereka menerima pemakaian pangkat tersebut pada Majlis  Penganugerahan  Pangkat Kehormat yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Datuk Tr. Nor Hishammad di Hotel Dorsett Grand di sini, pada Selasa.

Penganugerahan Pangkat Kehormat itu adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan Dan inisiatif para pemimpin temparan dalam membantu membangunkan peranan JBPM Labuan bersama masyarakat dalam bidàng kebombasn.

Turut Hadir menyaksikan majlis penuh istiadat itu, Pengarah Jabatan Bomba Malaysia (JBPM), Abdul Rahman Ali serta beberapa pegawai kanan JBPM Wilayah Persekutuan Labuan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN