Empat muka baharu dilantik Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

Oleh: Jainudin Djimin

WATIKAH…. Dr. Fary menyerahkan watikah pelantikan sebagai Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sesi 2020-2022.

Empat muka baharu dilantik Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

LABUAN: Pelantikan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan bagi sesi 2020 -2022 menyaksikan empat muka baharu, manakala dua merupakan muka lama yang dikekalkan.

Empat muka baharu yang dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa itu Yang Di Pertua Parti PAS Kawasan Labuan Haji Hamir Zahari selaku Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, mantan Ahli Parlimen, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Ahli), Awang Gani Yunus (Ahli) dan Raynie Datuk Mohd Din (Ahli).

Sementara itu dua ahli lama yang dikekalkan ialah Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yee dan Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan, Datuk Dhalif Singh.

Manakala Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dilantik sebagai Pengerusi badan itu.

Kesemua mereka, kecuali Datuk Suhaili Abdul Rahman yang juga Ketua Parti Bersatu Bahagian Labuan tidak hadir untuk menerima watikah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Bashir ketika ditemui media selepas menerima watikah berkenaan berkata, perlantikan beliau sebagai Pengerusi merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi ketika negara khususnya Labuan dilanda pandemik COVID 19.

“Walaupun sebelum ini saya pernah dilantik sebagai Pengerusi selama dua tahun 2016-2018, namun situasinya amat berbeza dimana ketika ini kita sedang berdepan dengan serangan COVID 19 yang banyak memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi setempat tetapi juga kepada rakyat yang terjejas dalam pelbagai aspek” katanya.

Justeru itu, Bashir bersama ahli-ahli yang baharu dilantik akan sentiasa berhati hati dalam merealisasikan harsat untuk memajukan Labuan.

Pada masa yang sama beliau berharap Perbadanan Labuan yang bertindak sebagai peneraju utama dalam membasmi pendemik COVID 19 akan terus berusaha memastikan Labuan tidak terpinggir dalam harus pembangunan.

Beliau berkata, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan akan sentiasa membantu menasihatkan Perbadanan Labuan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Bagaimanapun katanya, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Perbadanan Labuan ketika ini akan memberi lebih tumpuan dalam membantu mensejahterakan rakyat yang terjejas akibat COVID 19.

AHLI….. Bashir (dua dari kanan) dan Dr. Fary (tengah) bersama lima Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang menerima watikah